Sunday, May 25, 2014

PERTANDINGAN ULTIMATE FRISBEE UMS TARIK 120 PESERTA




JUMAAT, 23 MEI - Seramai 120 peserta menyertai Pertandingan Ultimate Frisbee Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang julung-julung kalinya diadakan di Kompleks Sukan UMS, baru-baru ini.
 
Pertandingan tersebut bertujuan mencungkil pemain berbakat dan berpotensi bagi diserap ke dalam pasukan UMS.
 
Ahli pasukan Head Hunter iaitu pasukan terbaik Frisbee Kota Kinabalu turut dijemput dan menjadi mentor kepada masing-masing setiap sembilan kumpulan yang bertanding.
 
Pertandingan yang bermula jam 7.00 hingga jam 11.00 malam itu menyaksikan pasukan Handball muncul johan, disusuli pasukan Bobo sebagai naib johan dan pasukan KWD di tempat ketiga.
 
Salah seorang pemain Handball, Fadian Kampung ketika ditemui berkata; kejuaraan tersebut merupakan hasil kerjasama ahli kumpulan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
 
Beliau turut menyuarakan harapan agar pertandingan sukan itu terus berkesinambungan untuk semua warga UMS mahupun pihak luar.
 
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pusat Sukan UMS, Marcson Enrico. –SS
 
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

(Sumber : http://www.ums.edu.my/v5/index.php/ms/berita/1094-pertandingan-ultimate-frisbee-ums-tarik-120-peserta.html )

No comments:

Post a Comment