Sunday, April 13, 2014

PENGENALAN SUKAN ULTIMATE FRISBEE




Ultimate Frisbee merupakan sukan yang dimainkan dengan cakera/piring ( Frisbee ). Mata dikira apabila seseorang pemain itu melempar cakera kepada rakan sepasukan dalam dalam zon akhir pihak lawan. Peraturan asas lain ialah pemain tidak boleh mengambil langkah semasa memegang cakera (mengekalkan paksi), dan sekiranya cakera tersebut dapat disentuh, ianya dikira sebagai batal. Permainan ini dimainkan di padang atau tempat yang tidak berangin. Dibawah keadaan cuaca yang baik, permainan ini menjadi sangat cantik kerana apabila seseorang pemain itu membuan lontaran, piring frisbi yang berputar itu seakan-akan kelihatan seperti cecair dan sangat cantik apabila dipandang. Dalam permainan ini, kerjasama setiap ahli pasukan amatlah diperlukan kerana setiap kesalahan yang dilakukan oleh salah seorang ahli kumpulan akan meneyebabkan pasukannya gagal mendapat mata.

Permainan Ultimate Frisbee ini mula berkembang pada lewat tahun 60-an di Amerika Syarikat. Pada masa tersebut, semasa bermain permainan ini, ultimate telah menolak peraturan yang sedia ada dengan memperkenalkan peraturan baru dimana menurutnya lebih bersikap adil kepada para pemain. Para pemain boleh mempertikaikan dan membantah keputusan pengadil jika pengadil mengenakan sebarang fault sekiranya mereka benar-benar yakin mereka tidak melakukan kesalahan tersebut. pada awalnya, bermain tanpa pengadil adalah perkara normal dalam permainan Ultimate Frisbee ini, tetapi kini ianya telah diganti kerana melibatkan kelab dan golongan professional dan terdapat “pemerhati” yang sering menjadi orang tengah yang terlibat mempertikaikan keputusan perlawanan ataupun menjadi “pengadil” walaupun tidak mempunyai kuasa. Oleh hal yang demikian, dalam pertandingan liga juga, khidmat pengadil diperlukan.
Pada tahun 2012, terdapat 5.1 juta permain Ultimate Frisbee di Amareka Syarikat. Permainan ini dimainkan di seluruh dunia sebagai sukan dan rekreasi. Sukan ini mula berkembang kepada pelajar sekolah, kemudian mempunyai kelab dan seterusnya berkembang ke peringkat kebangsaan dengan tertubuhnya pasukan kebangsaan yang mewakili negeri masing-masing. Pelbagai acara yang melibatkan peringkat umur dan kategori telah diadakan seperti kategori terbuka wanita, kategori campuran dan sebagainya. Pada tahun 2013, dua liga professional telah diadakan di Amareka Utara. Kejohanan dunia pula diadakan dua tahun sekali dan kali terakhir diadakan di pada bulan Julai 2013 di Sakai, Jepun. Pada kejohanan tersebut, peserta dari Amareka Syarikat telah memenangi kategori terbuka. Peserta dari Jepun pula memenangi ketegori wanita manakala peserta Kanada pula memenangi ketegori campuran. Akhir sekali, peserta Amareka Syarikat telah menyapu bersih dalam kedua-dua acara lelaki dan wanita Master.


Memetik temubual yang dibuat ke atas Howard Kass yang merupakan salah seorang pencipta permainan Ultimate Frisbee pada tahun 2003, menurut beliau “ saya hanya ingin melihat keunikkan permainan ini yang ketika saya melompat untuk mendapatkan piring yang terbang di udara itu. ketika piring tersebut menyentuh tangan saya dan saya melihat kombinasi keseragaman yang sempurna yang menyebabkan saya gembira. Ketika mendarat saya mendapat kepuasan yang tersendiri menjadikan permainan ini sebagai permainan yang paling agung dalam diri saya.”

No comments:

Post a Comment