Sunday, April 13, 2014

SEJARAH ANTARABANGSA SUKAN ULTIMATE FRISBEE

SYARIKAT FRISBEE PIE :

Pada tahun 1871 selepas perang saudara, William Russel Frisbie telah berpindah ke Bransford, Connecticut. Bapa Russel pada ketika itu telah membuka dan menguruskan sebuah sebuah kilang pastri dan menjadi seorang pengilang yang Berjaya di Bridgeport, Connecticut. Kemudian, William Russell telah diupah untuk menguruskan sebuah kilang di New Haven dan tidak lama kemudian telah membeli kilang tersebut secara dan menamakannya sebagai Syarikat Pie Frisbie. Namun setelah eninggal dunia pada tahun 1903, kilang tersebut telah diuruskan oleh anaknya iaitu Joseph P. Joseph P telah mengendalikan ketuhar sehingga dia sendiri meninggal dunia pada tahun 1940. Dibawah pemantauan Joseph, perniagaan syarikat mereka telah berkembang pesat dan banyak kedai-kedai baru dibuka di Hartford, Connecticut, Poughkeepsie, New York, dan Providence, Rhode Island. Balu William iaitu Marian Rose Frisbie, dan pengurus kilang lama, Joseph J. Vaughn, telah menguruskan kedai tersebut pada Ogos 1958 dan mencapai kemuncak pengeluaran sebanyak 80,000 pai sehari pada tahun 1956.

Sekolah The Pie-Tin dan Sekolah Cookie-Tin telah berkelahi dan bercanggah pendapat tentang asal usul Frisbee ini. Setiap kali diadakan perkemahan, kedua-dua sekolah ini telah menghantar cendikiawan untuk berdebat tentang asal usul Frisbee ini. Menurut sekolah The Pie Tin,para pelajar yale telah membeli Pai Frisbie dan membanling penutup pai itu ke seluruh kampus Eli. Mereka kemudian menyebut perkataan “Frisbee” untuk memberi isyarat kepada orang disekitar untuk menangkap penutup pai tersebut.

WALTER FREDERICK MORRISON :
Walter Morrison merupakan anak kepada seorang pencipta automotile lampu telah pulang ke eropah setelah Perang Dunia II tamat. Beliau telah bekerja sementara waktu sebagai tukang kayu seperti bapanya. Dia juga memiliki keistimewaan seperti bapanya yang mempunya minda yang berdaya cipta. Pada tahun 1948, rakyat sudah mula berimaginasi tentang piring dari angkasa lepas . selepas melihat reaksi penduduk pada ketika itu, Morrison berpendapat mengapa tidak dikembangkan sahaja permainan ini.  Dari situ, beliau mula mencipta penutup tin dan mengecat penutup tin tersebut supaya kelihatan lebih menarik. Beliau juga melihat bahawa dengan mengubah penutup pai kepada sesuatu permainan adalah lebih menyeronokkan dan bagaimana caranya untuk dirinya mengkomersialkan alat tersebut. Pertama, beliau mengumpul menampal kesemua tin keluli itu bagi meningkatkan kestabilan plat tersebut tetapi tidak berjaya kerana plat tersebut akan menjadi berat. Seterusnya, disaat dia sedang berkira-kira untuk memilih bahan yang sesuai bagi membuat piring Frisbie, beliau terlihat jarum jam yang diperbuat daripad plastik adalah lebih mudah untuk bergerak. Akhirnya beliau beranggapan bahawa adalah lebih elok sekiranya piring Frisbie diperbuat daripada bahan plastik.

Bagi membuat piring Frisbie ini, Morrison mencampurkan butil sterat. Menurut Morrison lagi, “ ia tidak akan menjadi masalah sekiranya waktu cerah, namun sekiranya kamu gagal untuk menangkapnya, ia akan pecah menjadi kepingan kecil”
Model asal piring Frisbie ciptaan Morrison mempunyai bilah-bilah melengkung diatasnya.  Piring tersebut direka untuk meningkatkan kualitinya dengan menggunakan teori Bernoulli. Akan tetapi, pada masa tersebut teori Bernoulli jarang digunakan. Rekabentuk piring Frisbie ciptaan Morrison juga kelihatan agak menhairankan dan pelik dimana, piring Frisbie tersenut mempunyai spoiler dibelakang. Menurut mereka lagi, spoiler tersebut bertindak untuk melawan angina ketika piring Frisbie dilayangkan ke udara.

THE PLUTO PLATTER :
Pada tahun 1951, rekaan piring Frisbie Morrison semakin bertambah baik dan bentuk rekaan masih lagi tidak berubah. Pluto Platter merupakan asas kepada kejayaan permainan Frisbie ini. Pujian harus diberikan kepada Morrison kerana telah berjaya memberi satu kesenian yang baru kepada permainan Ultimate Frisbee ini. Oleh itu, lapisan luar piring Frisbie telah dinamakan sebagai Morrison Slope sebagai penghargaan kepada usaha yang dibuat oleh Morrison.

WHAM-O :
Rich Knerr dan AK "Spud" Melin merupakan graduan lepasan University of Southern California sedang mencari idea untuk mencipta lastik bagi sebuah syarikat mainan yang baru ditubuhhkan apabila mereka terlihhat piring terbang Morrison di sekitar pantai California Selatan. Mereka mula tertarik dengan rekaan piring terbang ini. Mereka tertarik dengan prinsip-prinsip asas fizik ini, dan bahan-bahan yang digunakan adalah sesuai dengan produk mereka yang akan datang. Pada akhir tahun 1955, mereka terjumpa dengan Morrison  ketika Morrison sedang menjaja barangan di  sekitar pusat Bandar Los Angeles. Mikat melihat kejadian dimana Morrison telah dihalang untuk tidak menjaja di kawasan tersebut oleh pegawai tempatan, menjadikan Knerr dan Melin menjemput Morrison untuk bekerja di syarikat mereka dan seterusnnya menawarkan pekerjaan kepada Morrison.
Kemudian, piring terbang ini mula tersebar di Pantai Barat di San Gabriel. Pada 13 January 1957, piring terbang keluaran syarikat Knerr dan Melin menjadi terkenal dan mula dipasarkan ke seluruh dunia.

Menurut Rich Knerr “pada mulanya mereka menghadapi masalah ketika mahu menangkap piring terbang tersebut, tetapi kami yakin mereka akan menjadi lebih baik. Jadi kami ciptakan sesuatu yang berlainan bagi setiap daerah agar mereka menjadi lebih baik”. Dalam perjalanan ke kampus, untuk pertandingan Liga Ivy, Knerr pertama kali mendengar istilah “Frisbee”. Menurut salah seorang pelajar dari university Havard, “mereka sudah melempar tin pai beberapa taun yang lalu dan memanggilnya sebagai “Frisbie-ing”. Kner tertarik dengan istilah tersebut dan menyukai panggilan Frisbee dan Frisbie-ing tersebut. oleh hal yang demikian, maka Knerr telah meminjam istilah Frisbie dan Frisbie-ing tersebut lalu menamakan permainan piring terbang tersebut sebagai Frisbee dengan menggabungkan istilah Frisbie dan Frisbie-ing sebagai Frisbee.


Pada musim panas tahun 1968, Joel Silver telah memperkenalkan permainan “Frisbee football” semasa mengambil bahagian dalam program Pengayaan Pendidikan di the Mount Hermon School in Northfield, Mass. Selepas pulang ke Columbia High School,di Maplewood, NJ. Usul beliau untuk memperkenalkan Frisbee dalam sukatan Kokurikulum telah berjaya dan dirinya tidak memerlukan kelulusan daripada Majlis Tertinggi untuk memperkenalkan sukan Frisbee ini kepada para pelajar. Pada masa tersebut, Joel Silver bersama-sama rakan-rakannya iaitu Bernard "Buzzy" Hellring dan Jonathan "Jonny" Hines mendapati para pelajar tertarik untuk bermain permainan baru ini. Namun begitu, ketiga-tiga sahabta baik ini tetap menapis peraturan yang ada dalam sukan ini dan menamakan peraturan baru sebagai “langkah pertama”.  Setelah memperkenalkan kaedah-kaedah tersebut, JJoel telah dikenali sebagai “Ultimate Frisbee” dan menamakan kumpulan kolej mereka sebagai “Columbia High School Varsity Frisbee Squard” pada awal 1970. Tiga rakan ini tlah meletakkan asas yang diperlukan untuk embenarkan transformsi dalam sukan ini. Pada hari ini, sukan ini dimainkan di seluruh dunia dan sebahagian besar peraturan yang ada pada masa kini dibangunkan oleh Joel, Buzzy, dan Jonny.

Joel Silver kini merupakan pengeluar filem di Hollywood yang berjaya dan telah menghasilkan berpuluh-puluh filem. Beliau telah berkahwin dengan Karyn A. Field  dan mempunyai seorang anak lelaki. Mereka sekeluarga kini menetap di Burbank, California.
Johnny Hines pula, telah mengasaskan pasukan Princeton dan dimainkan ketika dimainkan pada pertama kali antara Rutgers dan Princeton, perlawanan tersebut telah mencatatkan bilangan penonton seramai 1000 oranng pada tahun 1972. Beliau telah berkahwin dengan Olga Dyuzheva dan mempunyai 2 orang anak lelaki.

Malangnya bagi Buzzy Hellring, beliau telah meninggal dunia pada musim bunga tahun 1971 dalam kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan pulang ke kolej iaitu di University of Princeton.  

No comments:

Post a Comment